Posted On August 22, 2019 By In Articles With 141 Views

Siri 1 : Latarbelakang Harga Emas

Siri 1 : Latarbelakang Harga Emas

Sebelum kita berbincang tentang harga emas di Malaysia, pembeli perlu tahu tentang harga emas dunia. Ya, bagaimana harga emas dirujuk, dari mana sumbernya, siapa yang menetapkan harganya?

Dalam dunia hari ini, emas dianggap sebagai sebahagian dari komoditi seperti petroleum, kelapa sawit, getah, gula, dan lain-lain yang mana harganya sentiasa diapungkan di pasaran terbuka. Antara pasaran terbesar yang dijadikan rujukan harga emas ialah pasaran lani (spot market) dan pasaran hadapan (futures market) yang dikenali juga sebagai pasaran derivatif. Pasaran hadapan ini didagangkan di pelbagai bursa komoditi, antara yang terbesar ialah CME Group yang juga merupakan antara pemegang saham terbesar dalam Bursa Malaysia.          

Antara laman web yang boleh dijadikan rujukan untuk harga emas lani (spot market) ialah Bullion Desk manakala untuk harga emas pasaran hadapan pula ialah di CME. Para pembeli yang baru berjinak dengan logam berharga ini mungkin akan menghadapi sedikit masalah kerana kedua-dua rujukan di atas menggunakan USD dalam paparan harga. Jadi untuk memudahkan para pembeli membuat rujukan dalam Ringgit Malaysia, adalah disyorkan agar mereka merujuk harga pasaran hadapan di Bursa Malaysia.

Perlu diingatkan bahawa harga emas di pasaran lani dan pasaran hadapan bukanlah petunjuk sebenar untuk harga emas fizikal yang dijual di pasaran runcit. Di pasaran runcit, secara umumnya terdapat perbezaan harga kerana pemborong dan peruncit menanggung kos atau diistilahkan sebagai premium untuk emas fizikal tersebut. Kos atau premium ini termasuklah kos perlombongan (mining), kos penulenan (refining), kos pembuatan (casting atau minting), kos pengangkutan, kos insurans, dan kos-kos lain berkaitan operasi.

Terdapat juga segelintir kelompok yang beranggapan bahawa harga emas dikawal oleh Bank Negara Malaysia. Ini adalah maklumat yang tidak tepat. 
Untuk makluman semua, Bank Negara Malaysia TIDAK mengawalselia sebarang urusniaga berkaitan emas di Malaysia. Ini selaras dengan peruntukan yang disediakan di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953 (semakan 2007) yang menyebut: 
“Preparatory Acts and Advertisements on Dealings in Gold or Foreign Currency”3. Pursuant to the Exchange Control (Gold Exemption) Order 1986, residentsand non-residents in Malaysia are free to buy, borrow, sell, lend or export gold.Rujukan : Bank Negara Malaysia 

Tags : , , ,

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of