Posted On March 29, 2019 By In Articles With 524 Views

KOMISEN JUALAN DI PLATFORM NUBEX EXCHANGE

Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang komisen jualan yang dikenakan di Nubex Exchange. Buat pengetahuan semua, jumlah komisen yang dikenakan adalah berbeza mengikut jenis dan berat barangan.

Komisen yang dikenakan juga adalah termasuk proses mengambil gambar produk, pengurusan, pembungkusan serta keselamatan sebelum ianya sampai ke tangan pembeli dengan selamat.

Jadi sebagai penjual, mereka tidak lagi perlu mempromosi, mencari pelanggan, menyemak akaun bank untuk memastikan tiada penipuan, mengepos barangan atau keluar untuk berurus niaga. Semua ini diselesaikan oleh Nubex. Penjual hanya perlu meletakkan harga dan menunggu pelanggan yang sesuai untuk membeli barangan tersebut. Harga jualan juga boleh diubah pada bila-bila masa.

Sebagai contoh, 1 Dinar yang terjual pada harga RM816.00 dikenakan komisen serendah RM16.00 sahaja. Hanya RM16.00 dikenakan bagi memastikan ketenangan minda buat para penjual.

Jika anda mempunyai barangan emas atau perak untuk dijual, Nubex Exchange adalah platform tepat dan lebih 13,000 pelanggan berdaftar sedia menantikan tawaran terbaik daripada anda.

Tags : , , , ,

Avatar

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of