Posted On March 6, 2019 By In Articles With 185 Views

KISAH BAGAIMANA LELAKI INI MENUKAR KERETA DAN RUMAHNYA DENGAN EMAS

Pengalaman pertama saya jual barang dengan emas ialah pada tahun 2007. Saya jual kereta kedua saya dengan emas. Dia beri saya 100g emas, lepas tu terus tukar nama. Sahabat saya Bakhtiar Abd Majid mesti ingat kenangan kereta tu.

Selepas itu macam ada satu ketagihan jual barang dengan emas atau perak. Dari benda-benda kecik sampai benda besar, saya akan letak harga dalam emas atau perak, kemudian barulah pilihan2 lain. Sebab kadang2 bukan semua orang ada simpan emas atau perak.

Beberapa tahun lepas, saya cuba buat kerja gila sikit. Saya offer kawan saya beli rumah saya dengan emas, dan dia pun gila jugak, bersetuju, selepas beberapa siri perbincangan. Hasilnya beliau berjaya membeli rumah saya dengan emas, dengan membayar emas setiap bulan. Yang baiknya, dia tak perlu pinjam bank, dia tak perlu bayar interest bank, dan pada Mac 2019, baki yang tinggal cuma 100g saja. Dia pun sedar tak sedar, dah nak habis bayar. Dia kata kalau dia simpan duit kat bank, duit dia pun banyak tu juga, tapi belanja tak tau ke mana.

So malam ni saya nak jual kereta yang telah berjasa pada saya sejak tahun 2008 dengan 200g emas 999.9. Kalau minat nak detail boleh PM tepi Bakhtiar Abd Majid, dia suka jual kereta orang, hehe …

Perkongsian Faizal Nubex

Tags : , , , , , , , , ,

Avatar

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of